Kematian Adolf Hitler
Kematian Adolf Hitler

Kematian Adolf Hitler

Adolf Hitler telah membunuh diri dengan tembakan di kepala pada 30 April 1945 di dalam Führerbunker di Berlin.[lower-alpha 1][lower-alpha 2][lower-alpha 3] Isterinya Eva Hitler (née Braun) membunuh diri bersamanya dengan menelan racun sianida.[lower-alpha 4] Petang itu, mengikut arahan Hitler terlebih dahulu, mayat mereka telah dibawa menaiki tangga melalui pintu kecemasan bunker, disimbah petrol dan dibakar di taman Reich Chancellery di luar bunker.[1] Rekod dalam arkib Soviet menunjukkan bahawa mayat mereka yang rentung telah ditemui dan dikebumikan di lokasi rahsia yang berturutan[lower-alpha 5] sehingga tahun 1970, apabila kubur mereka sekali lagi digali semula, dibakar, dan abunya dibuang.[lower-alpha 6]Terdapat laporan yang berbeza tentang sebab kematian; salah satu menyatakan bahawa Hitler meninggal dunia disebabkan racun sahaja[lower-alpha 7] dan satu lagi beliau meninggal dunia akibat terkena tembakan sendiri yang disengajakan sambil menggigit kapsul sianida.[lower-alpha 8] Para sejarawan kontemporari telah menolak akuan-akuan ini samada sebagai propaganda Soviet[lower-alpha 9][lower-alpha 10] atau cubaan kompromi untuk meleraikan kesimpulan yang berbeza.[lower-alpha 8][lower-alpha 11] Seorang saksi yang direkodkan bahawa mayat itu menunjukkan tanda-tanda telah ditembak melalui mulut, tetapi ini terbukti tidak benar.[lower-alpha 12][lower-alpha 13] Terdapat juga kontroversi mengenai kesahihan serpihan tengkorak dan rahang yang ditemui.[lower-alpha 14][lower-alpha 15] Pada tahun 2009, penyelidik berbangsa Amerika melakukan ujian DNA ke atas tengkorak yang mana pegawai-pegawai Soviet telah lama percaya ini adalah Hitler. Ujian dan pemeriksaan mendedahkan bahawa tengkorak itu sebenarnya seorang perempuan yang berumur kurang daripada 40 tahun. Serpihan rahang yang telah ditemui tidak diuji.[2][3][lower-alpha 16]

Rujukan

WikiPedia: Kematian Adolf Hitler http://www.cnn.com/2009/WORLD/europe/12/10/hitler.... http://www.cnn.com/2009/WORLD/europe/12/11/russia.... http://www.theguardian.com/world/2009/sep/27/adolf... http://www.washingtonpost.com/wp-srv/style/longter... //www.worldcat.org/oclc/464378076 //www.worldcat.org/oclc/711509 http://news.bbc.co.uk/2/hi/europe/725537.stm http://news.bbc.co.uk/2/hi/europe/8234018.stm http://www.timesonline.co.uk/tol/news/world/europe... https://news.google.com/newspapers?nid=1891&dat=19...